saserikencana@yahoo.com.blogspot
About Me
- SEKOLAH AGAMA SERI KENCANA
- Sekolah Agama Seri Kencana terletak kira-kira 4 KM dari Pekan Simpang Renggam dan 35 KM dari Bandar Kluang. Ia merupakan sebuah sekolah yang terletak di Zon 3 Kawasan Selatan yang merupakan sebuah sekolah yang mendidik anak-anak tempatan dalam jajahan Mukim Ulu Benut, Simpang Renggam. Perkembangan Penubuhan Sekolah. S.A Seri Kencana dibuka pada tahun 70 an, di mana Guru Besar yang diamanahkan untuk menjalankan tanggungjawab ialah Allahyarham Tuan Hj. Shafie yang hanya menubuhkan aliran kelas darjah 1 hingga darjah 5 sahaja dari awal dibuka hinggalah akhir 1999. Selebihnya murid yang mahu meneruskan pengajian darjah 6 atau Khas menyambung pelajaran mereka di S.A Simpang Renggam atau S.A Seri Macap. Mulai tahun 2000 atas daya usaha Tn. Hj Ngadiron bin Ahmad, telah memohon untuk membuka kelasa darjah 6 dan dibuat aliran dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Seterusnya atas permintaan ibu/bapa pada tahun 2006 pula, Ustas Mohd Yunus bin Amin telah mengadakan kelas darjah Khas di sekolah ini dengan jumlah pelajar seramai 35 orang dan tenaga pengajar seramai 2 orang.